SCHWARTZEL beraksi pada pusingan pertama Terbuka Malaysia di KLGCC, semalam.
Bangkit dahului hari pertama Terbuka Malaysia dengan 8 bawah par, 64
TAHUN lalu, Charl Schwartzel hadir ke Terbuka Malaysia Maybank dengan reputasi sebagai juara Masters yang baru sebelum berangkat ke Kuala Lumpur, tetapi memulakan saingan di Kelab Golf & Country Kuala Lumpur (KLGCC) dengan 73 pukulan, satu atas par.

Menamatkan saingan dengan berkongsi tangga ke-11 tahun lalu,
Scwartzel yang gagal mengekalkan rentak cemerlang di Masters hujung
minggu lalu, bangkit mendahului hari pertama Terbuka Malaysia semalam
dengan lapan bawah par, 64.
“Saya bermain dengan baik hari ini (semalam),” kata pemain 27 tahun
dari Afrika Selatan itu. “Sudah tiba masanya selepas saya bekerja keras
sejak beberapa bulan lalu tetapi tiada apa yang menjadi buat saya.
“Keyakinan saya cukup tinggi selama ini tetapi tidak menjelmakan apa-apa kejayaan, tetapi hari ini, semuanya tampak baik dan lapan bawah par adalah catatan yang baik. Saya mampu melakukan lebih rendah tetapi 64 sudah cukup menggembirakan.”
Schwartzel yang memulakan permainan bersama rakan senegaranya, Louis Oosthuizen dan juara dua kali Terbuka Malaysia dari Thailand, Thongchai Jaidee semalam, melakukan sembilan birdie dan satu bogey untuk mengungguli pusingan pertama itu.
Oosthuizen yang baru saja terlepas kejuaraan Masters pada penentuan playoff kepada Bubba Watson hujung minggu lalu, mengekori rapat dengan berkongsi tempat ketiga dengan enam bawah par, 66, bersama-sama Jason Knutzon (Amerika Syarikat) dan Jyoti Randhawa (India).
Pemain India, Jeev Milkha Singh muncul pemain terbaik Asia apabila merakam tujuh bawah 65, untuk berada satu pukulan di belakang Schwartzel. “Saya bermula dengan positif hari ini (semalam) dan berharap ia berterusan untuk tiga hari akan datang,” kata Jeev.

No comments:
Post a Comment