Thursday, 21 February 2013

Bandar Melaka:  Mesyuarat Pengerusi Teknik Golf peringkat kebangsaan masuk hari kedua. Pada tahun ini kejohanan akan dilangsungkan di Sabah. Saudara Hermes PT Sabah sebentar tadi baru sahaja selesai mempersembahkan kertas konsep Kejohanan. berikut gambar sekitar mesyuarat. Pendaftaran pemain sebelum melakukan T-off akan dibuat oleh pegawai yang dilantik oleh negeri masing-masing.  Ini berbeza dari tahun sebelum dimana pemain sendiri yang membuat pendaftaran.  Ahli mesyuarat dinasihatkan agar memberi maklumat yang lengkap kepada semua ahli kontinjen masing-masing selepas mesyuarat ini berakhir. Sesi kedua mesyuarat disambung dengan menfokus kepada peraturan pertandingan. sehingga sekarang masih di teruskan.


 

 

Tuesday, 1 May 2012

Cukupkah Kursus Tahap 1 menggalas tanggungjawab melatih....

A Famosa Resort, Melaka:  Ilmu dan keberkesanan kursus 1 minggu Kursus Kejurulatihan Golf Tahap 1 yang dianjurkan KPM bersama PGAM serta dihadiri oleh seramai 45 orang guru dari seluruh negara minggu lepas menjadi persoalan. Dengan masa yang begitu singkat dan banyak topik teknikal serta undang-undang yang perlu dibincangkan, ada dikalangan peserta merasakan dapatan daripada kursus ini tidak memadai untuk menggendalikan sebuah pasukan negeri yang mantap.dan  berkualiti  Bagaimanapun sekurang-kurangnya guru sudah didedahkan kepada asas aspek kejurulatihan yang betul. Justeru itu harapan disandarkan kepada pihak KPM disarankan agar ada kursus lanjutan pada masa hadapan supaya ilmu asas yang sudah diturunkan kepada guru-guru yang terlibat dapat dimantapkan lagi.

Galeri Kursus




Antara demo oleh Pros
 

 Dari kanan : Difison ,Sagayaraj, Zaidi, Sures, Farid, Yusof dan Ariffin




Monday, 30 April 2012

Alor Gajah Melaka: Kursus Kejurulatihan Golf Tahap 1 telah diadakan dengan jayanya dan berakhir pada 27 april 2012. Peserta kursus yang mewakili negeri masing-masing diharapkan dapat membawa balik dan menggunapakai ilmu yang diperolehi dari kursus berkenaan. Harapan ini dinadakan oleh Pengerusi Persatuan Golf Profesional Malaysia (PGAM)dalam ucapannya beliau sebelum peserta kursus bersurai. berikut rakaman sepanjang kursus.






Tuesday, 24 April 2012

Kursus Kejurulatihan Golf Tahap 1

Alo Gajah: Seramai 44 orang guru menghadiri Kursus Kejurulatihan Golf Tahri ketiga hari ini.Peserta yang mengikuti kursus ini adalah kalangan guru pensihat kelab golf di setiap negeri dan juga Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Golf dari setiap negeri. Kursus ini adalah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Persatuan Golf Profesional Malaysia dan di adakan di A Famosa Resort Melaka. Kursus akan berakhir pada hari jumaat 27 April.

Sunday, 15 April 2012

Rm2 million for mga to develop home grown golf champions

KUALA LUMPUR: The government will provide a grant of RM2 million to the Malaysian Golf Association (MGA) in an effort to produce homegrown golf champions.
Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said, under the leadership of its new president Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, it is hoped the association would continue its efforts to enhance the standard of golf in the country.
“To that effect, a contribution of RM2 million will be provided to develop grassroots golfers in this country, to ensure a very well planned and systematic planning for development of golf, with proper coaching and opportunities to play.
“With that, hopefully more Malaysians (golfers) will be
able to rise to a higher level,” said Najib at the prize giving
ceremony of the Maybank Malaysian Open Golf Championship at the Kuala Lumpur Golf and Country Club, Bukit Kiara, here yesterday.
The championship was won by 29-year-old South African Louis Oosthuizen after scoring a 17-under 271 over the four rounds.
As the winner, he received a trophy and US$416,660 (about RM1.3 million) from the Prime Minister. — Bernama

Friday, 13 April 2012

Schwartzel bermula cemerlang

 SCHWARTZEL beraksi pada pusingan  pertama Terbuka Malaysia  di  KLGCC, semalam.
SCHWARTZEL beraksi pada pusingan pertama Terbuka Malaysia di KLGCC, semalam.
Bangkit dahului hari pertama Terbuka Malaysia dengan 8 bawah par, 64

TAHUN lalu, Charl Schwartzel hadir ke Terbuka Malaysia Maybank dengan reputasi sebagai juara Masters yang baru sebelum berangkat ke Kuala Lumpur, tetapi memulakan saingan di Kelab Golf & Country Kuala Lumpur (KLGCC) dengan 73 pukulan, satu atas par.
Menamatkan saingan dengan berkongsi tangga ke-11 tahun lalu, Scwartzel yang gagal mengekalkan rentak cemerlang di Masters hujung minggu lalu, bangkit mendahului hari pertama Terbuka Malaysia semalam dengan lapan bawah par, 64.
“Saya bermain dengan baik hari ini (semalam),” kata pemain 27 tahun dari Afrika Selatan itu. “Sudah tiba masanya selepas saya bekerja keras sejak beberapa bulan lalu tetapi tiada apa yang menjadi buat saya.

“Keyakinan saya cukup tinggi selama ini tetapi tidak menjelmakan apa-apa kejayaan, tetapi hari ini, semuanya tampak baik dan lapan bawah par adalah catatan yang baik. Saya mampu melakukan lebih rendah tetapi 64 sudah cukup menggembirakan.”

Schwartzel yang memulakan permainan bersama rakan senegaranya, Louis Oosthuizen dan juara dua kali Terbuka Malaysia dari Thailand, Thongchai Jaidee semalam, melakukan sembilan birdie dan satu bogey untuk mengungguli pusingan pertama itu.

Oosthuizen yang baru saja terlepas kejuaraan Masters pada penentuan playoff kepada Bubba Watson hujung minggu lalu, mengekori rapat dengan berkongsi tempat ketiga dengan enam bawah par, 66, bersama-sama Jason Knutzon (Amerika Syarikat) dan Jyoti Randhawa (India).
Pemain India, Jeev Milkha Singh muncul pemain terbaik Asia apabila merakam tujuh bawah 65, untuk berada satu pukulan di belakang Schwartzel. “Saya bermula dengan positif hari ini (semalam) dan berharap ia berterusan untuk tiga hari akan datang,” kata Jeev.

Thursday, 22 March 2012