Monday 5 March 2012

Gegaran Meru Valley dan Clearwater bermula..

IPOH, 5 Mac 2012; Pemain mula membanjiri Hotel Fairpark yang terletak di tengah-tengah bandar Ipoh seawal 10 pagi lagi.  Hampir kesemua negeri yang mengambil bahagian menginap di Hotel berkenaan yang dibiayai secara pakej oleh Kementerian untuk kejohanan kali ini. Pemain, pegawai dan tidak ketinggalan ada ibubapa yang turut berada di hotel berkenaan untuk bersama-sama menghangatkan lagi suasana kejohanan kali ini.
Hari ini, pemain masing-masing telah menguji dan melakukan penyesuaian padang arena, pemain perempuan di Clearwater sanctuary sementara pemain lelaki di padang Meru Valley.  Berdasarkan tinjauan rawak saya, padang clearwater agak mencabar untuk pemain bawah 12 tahun kerana jarak yang agak jauh. berdasarkan perkiraan secara kasar pemain perempuan bawah 15 tahun yang melakukan pukulan dari "T-Box" putih akan melalui kira-kira 6.2 km. merupakan jarak yang cukup mencabar.  Bagaimanapun setelah dibincangkan dalam mesyuarat pengurus sebentar tadi, pihak penganjur dan teknikal akan melakukan sedikit perubahan untuk mengurangkan cabaran tersebut.

Sementara itu pemain Sabah, Sarawak dan Negeri sembilan yang saya temubual mengatakan bahawa jarak cabaran padang di Meru Valley tiada menjadi masalah kepada mereka, hanya permukaan padang yang agak lembap dan bola "Plug" sahaja yang menimbulkan kerisauan mereka.  Seperti juga masalah di Clearwater pihak penganjur akan mengambil langkah positif untuk mengurangkan cabaran tersebut dengan meletakan "Fore caddy" di tempat-tempat yang dijangka menimbulkan cabarang berkenaan.

Berikut aksi sekitar penyesuaian padang yang sempat saya rakamkan hari ini.
Pemain menunggu untuk bergerak ke padang permainan seawal 5.30 pagi selepas bersarapan di hotel penginapan mereka


 
 
Skuad pemain yang sempat bergambar sebelum melakukan T-off di "Hole one" di Padang Meru Valley.

Aaron Lau melakukan T-off bertanding Lelaki bawah 15 Tahun
  Kazwan Kalana Swk
 
 (Bawah) Jordan Jude Kunjin
 
 (Bawah) Immanuel David


(Bawah) Malcolm Adam Kunjin - antara pemain yang dijangka menyerlah dalam kejohanan kali ini, berdasarkan prestasi semasa.                   
 (Bawah) Lim Beng Keat
 
 

No comments:

Post a Comment