Monday 5 March 2012

Kejohanan Hari Pertama MSSM 2012


IPOH: Cuaca di Lembah Meru begitu cerah dan mengizinkan kelancaran kejohanan golf mssm 2012 diadakan.  Pemain dari semua negeri yang mengambil bahagian kelihatan begitu bersemangat untuk memulakan cabaran mereka pada hari pertama. Rata-rata pemain yang sama temui menzahirkan keyakinan mereka akan memberikan yang terbaik pada hari ini, keyakinan mereka ini berdasarkan prestasi mereka pada hari penyesuaian semalam.
    Tee-Off dimulakan tepat jam 8.15 pagi dalam keadaan cuaca yang masih agak sejuk tetapi semangat pemain yang begitu tinggi untuk mencatatkan keputusan terbaik mereka ternyata mengatasi kesejukan pagi di lembah Meru yang berada di kawasan tanah tinggi Ipoh.
Kelab Golf yang dibuka dan dirasmikan pada tahun 1991 di bawah Kelab Golf Perak Darul Ridzuan ini menjadi pilihan untuk Kejohanan kali ini, dua padang utama iaitu (Kampung Nine)Valley nine dan Continental nine)Waterfall Nine begitu mengujakan dengan pemandangan berlatar belakangkan Gunung Meru yang kehijauan pandangan dari Club House Kelab tersebut.  Setakat laporan ini ditulis keadaan cuaca sangat baik dan mengizinkan.

Sebahagian aksi-aksi menarik yang dirakamkan awal hari ini.
 Bersarapan sebelum ke arena kejohanan
 

 Pendaftaran
 Pendaftaran
 






 
 











 Dari kiri:
Chai Kai Zhane -hc 20 (Kedah)
Aemien - hc 36 (Melaka)
Hafiz - hc 20 (Johor)
Amier - hc 24 (N9)

 Latihan putting

 Aaron Lau (Swk) melakukan Chip di lubang 9
 Perak - Jovin dan Md Farid menunggu arahan bergerak ke Tee box masing-masing
 Damien Ong (Perak) melakukan Tee off di hole 1

Adam (Selangor) 
 Danny (Sabah)

 Daniel (Kelantan)


No comments:

Post a Comment